40 SERTAI BICARA WARISAN: KEPENTINGAN PENEMUAN ARTIFAK BERSEJARAH PULAU MELAKA

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

BANDA HILIR – Seramai 40 peserta menyertai program Bicara Warisan: Kepentingan Penemuan Artifak Bersejarah di Pulau Melaka yang diadakan di bilik Seminar Tun Teja Muzium Rakyat, dekat sini, hari ini.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Drs. Mohd Nasruddin Rahman berkata, program anjuran Perzim itu disertai daripada pegawai pelbagai agensi dan peminat sejarah.

Menurutnya, program itu merupakan wadah bagi pakar penyelidik bidang arkeologi berkongsi kepakaran dan penyelidikan awalan khususnya mengenai penemuan artifak bersejarah di Pulau Melaka.

“Rentetan daripada kerja eskavasi yang telah dijalankan oleh pihak Jabatan Warisan Negara sejak Mac dan diteruskan oleh PERZIM pada Oktober lalu, pelbagai artifak dan jumpaan berharga yang menjadi bukti nyata telah ditemui.

” Justeru itu, PERZIM mengambil inisiatif mengadakan program wacana ilmiah ini yang menampilkan tiga pakar dalam bidang berkaitan.

” Antaranya Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, Prof. Madya DrAsyaari Muhamad; Prof. Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi dan Prof. Madya Dr. Pisol Maidin.

“Mereka telah memberikan informasi kepada peserta berkenaan kerja-kerja eskavasi yang telah dilaksanakan disamping memberi peluang kepada peserta melihat sendiri jumpaan-jumpaan yang ada,” katanya.

Menurut Mohd Nasruddin, perbincangan juga telah diadakan semasa sesi bicara itu untuk mendapatkan lebih banyak input berharga berkaitan artifak dan perkaitannya dengan sejarah Melaka melalui kupasan dan perkongsian dari pakar yang diundang.

“Menerusi program ini juga, segala cadangan dan input yang diperolehi ini akan dikumpulkan dan seterusnya akan diperhalusi oleh pakar- pakar penyelidikan untuk dibawa ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ini sekali gus membuktikan kewujudan dan kehebatan empayar Kesultanan Melaka dengan mengenengahkan bukti penyelidikan melalui artifak yang ditemui,”katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *