MARINA SAHABUDIN
MELAKA – EXCO Kesihatan, Dr Akmal Saleh meluangkan masa menziarahi anak-anak tahfiz yang diklasifilasikan sebagai kontak rapat dan dikuarantin di asrama mereka di Pulau Gadong.
Menurut beliau, sehingga kini mereka didapati sihati dan rakan-rakan yang dikuarantin di PKRC MITC juga hanya mengalami simpton ringan.
“Insya-Allah, kerajaan negeri akan sentiasa memantau keadaan anak-anak ini dari semasa ke semasa dengan lebih terperinci.
“Saya juga meminta agar pasukan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Melaka Tengah untuk melihat keadaan mereka setiap hari,” kongsinya dalam satu kenyataan di laman sosial beliau.
Pada kesempatan itu, Dr Akmal turut berkongsi rezeki dengan membawa KFC kepada pelajar terlibat.
“Moga pendekatan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada mereka,” katanya sentiasa prihatin akan nasib menimpa anak-anak ini.
-MF-