Marina Sahabudin
KUALA LUMPUR – ‘PMKS: Bangkit Kembali’, ini adalah tema bagi Pameran Tahunan PKS atau SMIDEX 2021 yang dilaksanakan pertama kalinya secara hibrid oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui SME Corp.
Usaha tersebut dilihat mampu merancakkan kembali sektor berkenaan selepas negara ini berhadapan wabak Covid-19.
Menenerusi laman sosial rasmi Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, dinyatakan walaupun Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) telah menyumbang RM512 billion kepada KDNK tahun 2020, kerajaan sedar bahawa sektor ini terkesan teruk akibat pandemik Covid-19, dengan 95.3% mengalami penurunan jualan secara mendadak.
“Sejak Mac 2020, sejumlah RM196 bilion telah diperuntukkan untuk membantu PMKS. Kerajaan turut mempergiatkan usaha bagi menambah baik akses dan peluang pasaran bagi membantu PMKS meningkatkan jualan di pasaran antarabangsa bagi menyahut seruan Revolusi Industri 4.0.
“Semoga inisiatif-inisiatif yang telah kerajaan perkenalkan berjaya dan segala urusan PMKS kita dipermudahkan, InsyaAllah,” kata beliau.
-MF-