MGBM SAMBUT BAIK LANJUTAN HAD UMUR BELIA

AMIR ISE

MELAKA – Majlis Gabungan belia melaka (MGBM) menyertai sesi dialog bersama Menteri Kementerian Belia Sukan (KBS), Datuk Seri Faizal Azumu bersama , Majlis Belia Malaysia(MBM) dan 41 NGO seluruh Malaysia.

Sesi dialog berkenaang mengangkat topik mengenai Perlaksanaan Penanguhan Had Umur Belia, yang mana sebelum ini kementerian mengumumkan perkara itu bermula 1 januari 2022.

Presiden MGBM Melaka, Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, bagaimanapun hal itu menimbulkan pelbagai reaksi dan bantahan dalam kalangan pertubuhanan belia.

“MGBM telah dmaklumkan bahawa kabinet dipengerusikan Perdana Menteri secara prinsipnya bersetuju menangguhkan perlaksanaan had umur belia.

“Semalam juga pihak menteri telah pun mencapai satu persetujuan penangguhan had umur belia dan akan ada lagi rundingan sesi kedua menetapkan ‘time frame’ bilakah akan bermula perlaksanaan itu.

“Pandangan di mana cadangan tersebut diambil serius NGO terlibat dan mereka memohon agar perlaksaan had umur ini dibuat pda 31 december 2025. Manakala pihak menteri turut mencadangkan ia dilaksanakan pada julai 2022 dan ini menunjukkan terdapat dua pandangan yang akan dibncangkan pada sesi kedua perundingan nanti,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Ridhwan meyambut baik keputusan yang dicapai semalam serta melihat daripada sudut positif.

“Saya gembira terhadap perkembagan ini dan kita doakan bersama semoga usaha yang dilakukan tidak lain tidak bukan untuk memastikan kesinambungan kepada pimpinan belia pelapis pada masa depan.

“Ia penting supaya mereka mampu menggalas tanggungjawab memimpin dan meneruskan agenda pertubuhan belia sedia ada,” katanya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *