KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob menerusi laman sosial rasmi Facebook miliknya menzahirkan ucapan tahniah kepada Sabah dan Sarawak.
Ia berikutan Pindaan Perlembagaan berkenaan definisi negeri-negeri dalam Persekutuan yang melibatkan Sabah dan Sarawak berkaitan MA63 telah mendapat kelulusan sebulat suara penyokong kerajaan dan pembangkang yang hadir dalam Dewan Rakyat iaitu sebanyak 200/200 dengan 20 tidak hadir.
Ujar beliau, sekalung tahniah dan penghargaan buat Ahli Dewan Rakyat yang telah menyatakan sokongan terhadap usul ini.
“Inilah semangat kesatuan dalam perbezaan yang saya maksudkan selama ini.
“Semoga Keluarga Malaysia kita di Sabah dan Sarawak dapat merasai semua manfaat dan kebaikannya, InsyaAllah,” katanya.
-MF-