100 PERATUS PEKERJA SWM LENGKAP VAKSIN

Marina Sahabudin

KUALA LUMPUR – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) telah mencapai tahap 100 peratus pekerja syarikat lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif, SWM Environment Ho De Leong berkata, sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan, pelbagai langkah proaktif
dilaksanakan pihak syarikat berkaitan aspek kesedaran dan penyebaran maklumat tepat kepada kakitangannya.

Menurutnya, secara keseluruhannya seramai 8,031 pekerja syarikat layak menerima suntikan
vaksin melibatkan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sudah menerima dua
dos lengkap.

“Sebanyak 98 peratus atau seramai 3,996 pekerja kontraktor dilantik SWM Environment juga sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

“SWM Environment amat menghargai kerjasama erat diberikan pihak Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
(SWCorp), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dalam
memastikan kelancaran pemberian suntikan vaksinasi sebelum ini.

“Jalinan kerjasama ini akan diteruskan dengan semua pihak tersebut bagi memastikan proses pemberian vaksin kepada baki pekerja-pekerja yang menunggu giliran berjalan dengan lancar,” katanya.

Sementara itu, pihak SWM Environment turut melaksanakan Inisiatif Pencegahan Jangkitan
Covid-19 secara berterusan melalui pengagihan Pek Perlindungan Covid-19 seperti pelitup muka dan kit ujian kendiri kepada pekerjanya.

Pihaknya turut melaksanakan proses nyah cemar
jentera dan peralatan operasi kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam.

Langkah pencegahan turut diambil melalui dasar kesihatan pekerjaan dengan menggunapakai prosedur
TRIIS (Ujian, Laporan, Asingkan, Maklumkan, Cari) bagi mengekang rantaian jangkitan COVID-ekerj
19 dalam kalangan pekerja.

SWM Environment juga mengingatkan orang ramai bersama-sama mematuhi
piawaian operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan di samping menguruskan sisa berkaitan Covid-19 seperti pelitup muka dan kit ujian kendiri secara tertib dengan memasukan sisa-sisa tersebut ke dalam tong sampah bagi menghindari risiko jangkitan Covid-19 khususnya dalam kalangan pekerja pembersihan di lapangan.

Menerusi langkah ini, perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan berjalan lancar sekaligus memenuhi usaha kerajaan meningkatkan aktiviti ekonomi dan sosial dibuka semula di
bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *