BEKALAN DARAH MELAKA DIBAWAH PARAS BERJAGA-JAGA

AMIR ISE

MELAKA – Bekalan darah A+ dan B+ Negeri Melaka dijangka akan mencecah di bawah paras berjaga-jaga bulan ini.

Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berkata, ia sangat membimbangkan justeru keperluan darah mencukupi sangat penting bagi merawat pesakit khususnya berdepan situasi kecemasan seperti kemalangan, pembedahan dan sebagainya.

“Kerana itu, kempen menderma darah diharap dapat meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab masyarakat bagi mengatasi perkara ini.

“Pelbagai keistimewaan dapat diperoleh menerusi kempen dilaksanakan. Bagi penderma, tidak hanya boleh membakar lebih 650 kalori dalam satu sesi menderma, ia juga dapat memberi kesan postif kepada psikologi.

“Terdapat tiga syarat iaitu berani, sihat dan masa dengan tempoh minima 2 hingga 3 bulan setiap kali menderma darah selain sihat tubuh badan sebelum menderma dan tidak terjejas kesihatan selepas menderma,” katanya.

Tambahnya, setiap beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa. Justeru, Unit Kesihatan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah bersama Melaka Blood Bank, Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UiTM Melaka dan Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) bekerjasama menganjurkan kempen derma darah.

“Kami juga memohon penderma darah pelbagai kumpulan darah tanpa mengira sesiapa, agama dan bangsa untuk tampil menderma di Hospital Melaka atau di mana-mana kempen derma darah bergerak dianjurkan pihak hospital di sekitar Melaka,” katanya.

Kempen dijalankan bermula 15 hingga 16 Disember ini diharap dimanfaatkan sebaiknya warga kampus menjalankan tanggungjawab menderma darah sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan.

Menariknya, McDonald’s turut memberi tajaan makanan beserta jus sebagai saguhati kepada setiap penderma.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *