RM500,000 MILIK TRIO

Marina Sahabudin

KUMPULAN Trio dinobat sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre, malam semalam sekaligus melayakan mereka pulang dengan hadiah wang tunai RM500,000 beserta trofi.

Trio dianggotai Sharif, Syaiful dan Danial tampil dengan persembahan bertenaga bertemakan bebas dan muzikal pada pentas akhir itu sehingga berjaya mencuri hati juri malam itu.

Naib juara berpihak kepada kumpulan Puteh dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi manakala, tempat ketiga dimiliki kumpulan Boro yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Kumpulan Bahye dan Tobat pula mendapat tempat keempat dan kelima.

MLM 2021 menampilkan barisan juri seperti Datuk Rosyam Nor (selaku ketua juri), penyanyi Noh Salleh; aktres Diana Danielle dan Uqasha Senrose.

Manakala identiti Juri Misteri iaitu Sang Bara telah digalas Sharnaaz Ahmad.

Juri tetap mewakili 70 peratus markah dan baki 30 peratus daripada jumlah undian penonton adalah menerusi platform digital, Gempak.

Pentas MLM 2021 dihoskan Datuk AC Mizal dan penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara Backstage MLM2021.

Tahun ini menyaksikan 11 kumpulan terdiri daripada gandingan duo dan trio pemain komedi tanah air berentap merebut gelaran juara sejak 15 Oktober lalu ditayangkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107) serta Astro GO dan On Demand.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *