Marina Sahabudin
MELAKA – Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Akmal Saleh tidak ketinggalan turun padang menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Menerusi perkonsian beliau di laman sosial Facebook miliknya, kejadian tersebut menyebabkan mangsa terputus bekalan termasuk elektrik, makanan, air bersih dan pelbagai lagi.
Justeru, pihaknya berusaha membantu apa yang termampu.
Beliau dan pasukannya berkesempatan ke lokasi terbabit dan menyerahkan sumbangan bantuan kepada mangsa.
Antara disalurkan adalah 6000 botol air mineral, 100 bungkus lampin pakai buang, 100 bungkus sanitary pad dan 100 set berus gigi dan ubat gigi.
-MF-
Post Views: 382