SWM ENVIRONMENT FOKUS PASCA BANJIR DI 11 LOKASI

Marina Sahabudin

MELAKA – Syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) melancarkan kerjapembersihan pasca banjir di Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Antara 11 kawasan terlibat adalah Taman Wira Indah, Pekan Lubok Cina, Taman Seri Bayu 2 dan Balai Polis Lubok Cina di dalam daerah Alor Gajah.

Ia turut melibatkan Kampung Morten, Taman Melaka Baru, Taman Bukit Beruang Bistari,
Taman Melawis, Taman Murai Jaya, Taman Angkasa Nuri dan Taman Merdeka Jaya dalam
daerah Melaka Tengah.

Selain itu, SWM Environment turut menempatkan Tong Sampah Beroda (TSB) di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal untuk memudahkan mangsa banjir berlindung di situ melupuskan sampah bagi menjamin kebersihan kawasan PPS tersebut.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, operasi bantuan pasca banjir dijalankan di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini memfokuskan kerja-kerja kutipan sisa pukal dan pembersihan longkang dengan kekuatan 62 kakitangan dan 16 aset milik syarikat iaitu tiga lori Roro 16 tan, lima jentera penyembur, lima lori Ultra Whack dan tiga jentolak.

“Kerja-kerja pembersihan ini perlu dilakukan
dengan segera bagi mengelakkan timbunan sampah sisa banjir yang bolehmendatangkan
masalah lain seperti penyebaran penyakit dan pencemaran bau sekaligus dapat mengembalikan persekitaran yang lebih bersih dan selesa untuk penduduk yang terjejas,” katanya

Tambah beliau, operasi khas ini dijangka mengambil masa beberapa hari bagi memastikan sisa banjir dapat dibersihkan dengan sempurna untuk dihantar ke tapak pelupusan.

“Sehubungan itu, SWM Environment meminta kerjasama penduduk yang terjejas untuk
mengumpulkan sisa banjir seperti perabot yang rosak di hadapan rumah atau di lokasi
mudah dilalui jentera kami,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam boleh menghubungi Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 atau Talian WhatsApp SWM di 012-618 0082.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *