TEKNOLOGI DéSCALE MEDIUM PELIHARA ALAM SEKITAR

Marina Sahabudin

PUTRAJAYA – Rawatan air teknologi hijau DéScale menjadi inisiatif pertama di Malaysia menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara sekaligus mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato’ Sri Dr. Adham Baba berkata, MOSTI menyokong penuh pembangunan dalam sektor teknologi hijau bagi meningkatkan pelbagai inovasi dan tranformasi baharu yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup yang lebih mampan.

“Teknologi hijau DéScale sejajar dengan strategi negara untuk beralih daripada grey technology ke green technology,” katanya turut melancarkan teknologi tersebut.

Hadir sama, Pengarah Urusan KS Industrial Tools Malaysia Sdn Bhd, Wong Pow Siong.

Sementara Wong berkata, teknologi Déscale ini melibatkan sistem teknologi rawatan hard water yang melalui satu proses yang cekap tenaga, senyap dan mesra alam bagi menyokong usaha pemuliharaan kualiti air yang mengandungi berbagai-bagai jenis mineral dan logam seperti kalsium, klorida, magnesium dan fosfat.

“Terbukti daripada beberapa kajian dan hasil penggunaan sebenar, Teknologi Déscale mampu memberikan penjimatan tenaga selain mengurangkan impak manusia terhadap alam sekitar dan menjadi salah satu jalan menuju pembangunan mampan.

“Pengiktirafan Hospital Jasin yang merupakan Hospital pertama di dunia menerima pengiktirafan LEED Platinum Plaque daripada U.S Green Building Council (USGBC) turut membuktikan teknologi hijau DéScale mampu memberikan impak kepada dasar teknologi hijau negara,” katanya.
.
Sebagai info, KS Industrial Tools Malaysia Sdn Bhd bertekad membantu negara menerusi aplikasi teknologi hijau pada pembangunan dan penggunaan produk, alatan dan sistem yang digunakan untuk memelihara sumber dan alam sekitar dimana ia akan mengurangkan kesan negatif bahan kimia yang terhasil daripada aktiviti manusia.

Pihaknya telah diberi kepercayaan menggunakan peranti DéScale oleh beberapa agensi swasta dan kerajaan seperti Hospital Jasin, Mahkota Medical Centre Melaka, Putra Specialist Hospital Melaka, Pantai Hospital Melaka, Top Glove Shah Alam, Sime Darby Oil Pasir Gudang, TKR Manufacturing Melaka, Atlas Ice Cube, Resort World Genting dan beberapa lagi agensi yang sedang dalam peringkat perbincangan.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *