Selesai sahaja di Kampung Tembun, saya langsung menyantuni mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di SMK Triang Hilir, Simpang Durian bagi menilai dan memberikan jaminan kepada masyarakat setempat bahawa bantuan telah disegerakan.
Saya kagum dengan semangat kecekalan ditunjukkan mereka dan akan berusaha sebaik mungkin. InshaAllah.
Pada saat ini kebajikan golongan uzur dan anak-anak kecil harus diutamakan.
Tanggungjawab saya merentasi langkah-langkah yang dapat diambil bagai memikirkan musibah ini berlaku pada keluarga sendiri.
Selain itu, saya juga ingin memuji pihak pengurusan PPS ini dan kesemua pihak pengurusan PPS di seluruh negara kerana menjaga kebersihan dengan baik dan telah memberi yang terbaik untuk menjamin keselesaan semua.
Terima Kasih saya ucapkan, Saya sangat menghargai segala penat lelah dan kudrat semua yang terlibat – Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob.
sumber : fb ismail sabri