MANGSA BANJIR DI MELAKA TERUS MENINGKAT

Marina Sahabudin

MELAKA – Kira-kira 1,122 mangsa banjir di negeri ini dilaporkan sehingga pagi tadi berbanding malam tadi, 944 mangsa.

Kenyataan tersebut dikongsikan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra.

Menurut beliau, berikutan itu, 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka membabitkan ketiga-tiga daerah di negeri ini.

Bagaimanapun, mangsa banjir teramai ditempatkan di PPS SK Krubong (279) mangsa, PPS SRA JAIM (228), PPS SMK Seri Pengkalan (162), PPS SK Taman Merdeka (158).

Sementara itu, PPS SK Belimbing Dalam melibatkan 135 mangsa manakala, SMK Lubok China menempatkan 50 mangsa, PPS Balai Raya Gadek (33), PPS, PPS SK Parit Penghulu (32), PPS SK Alor Gajah (20),PPS SK Durian Tunggal (19) dan PPS Surau Kampung Jeram (6).

Pada masa sama, 11 kawasan terjejas adalah Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau, Kampung Telok Berembang, Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya, Taman Tambhy Chik Karim, Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang dan Kampung Tersusun Rambai Jaya.

-MF-
sumber : MHI

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *