MARINA SAHABUDIN
JASIN – Politeknik Merlimau (PMM) ertungkus- lumus dan berkumpul di Dewan Pusat Sukan PMM mengumpul serta mengasingkan sumbangan daripada warga PMM, NGO dan perseorangan untuk disampaikan kepada mangsa banjir terutama di sekitar Bukit Changgang dan Labuhan Dagang, Negeri Selangor.
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Zan Aizuwan Zainal Abidin, berkata, pasukan sukarelawan PMM berlepas dengan kekuatan 80 sukarelawan, 2 bas, 2 lori, 4 kenderaan 4×4 serta 2 kenderaan MPV yang membawa barangan makanan dan barangan kering untuk disampaikan kepada mangsa terlibat.
“Program ini melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada pensyarah, pelajar dan staf PMM. InsyaAllah, Pengarah PMM, Mohd Hatta Zainal melancarkan misi ini sebelum bertolak sekitar jam 8.30 pagi bertempat di lobi Pusat Sukan PMM,” katanya.
Menurutnya, kempen bagi mendapatkan barangan sumbangan bantuan banjir ini dilancarkan Pasukan Polytechnic Social Responsiblity (PSR) PMM bermula 21 Disember 2021 yang lepas sehingga semalam.
“Antara barangan boleh disumbangkan ialah baju terpakai baharu, toto, tilam, susu, lampin pakai buang bayi, makanan kering atau lain-lain lagi.
“Selepas selesai misi bantuan ke Negeri Selangor, kami akan bergerak pula ke Negeri Pahang,” katanya.
-MF-