BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2022/2023 DIAGIH ISNIN INI

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

KUALA LUMPUR – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan mula diagihkan pada 17 Januari ini secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan BAP itu membabitkan penerima murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022.

Menurut kenyataan tersebut, bagi murid Tahun 1 yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai

“Untuk pengagihan secara tunai, ia akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

“KPM yakin pemberian BAP ini akan dapat membantu ibu bapa dan penjaga membuat persiapan awal untuk anak-anak memulakan persekolahan bagi Sesi Akademik 2022/2023,” menurut kenyataan tersebut.

Pada pembentangan Bajet 2022 lepas, kerajaan telah bersetuju meningkatkan kadar BAP kepada RM150 untuk seorang murid berbanding RM100 sebelum ini bagi murid sesi persekolahan tahun 2022/2023.

Bantuan itu sekaligus dapat memberi manfaat kepada tiga juta penerima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

–ENDS-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *