MAJUKAN BEMBAN DEMI KELESTARIAN PENDUDUK

Marina Sahabudin

BEMBAN – Seminar Bemban Maju Jaya diharap menjadi penghubung kepada kelestarian DUN Bemban sekaligus memberi manfaat kepada penduduknya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata,beliau menyambut baik penganjuran seminar ini yang mampu memberi imej sangat baik untuk kita contohi selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) yang telah saya lancarkan pada 8 Mac 2021.

“Saya yakin seminar yang berteraskan ekonomi, infrastruktur, pendidikan dan kemasyarakatan ini dapat menumpukan kepada Pelan Perancangan Jangka Pendek dan Jangka Panjang untuk dilaksanakan di dalam DUN Bemban bagi tempoh 5 tahun akan datang,” katanya turut merasmikan majlis itu.

Program berlangsung di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Bemban itu melibatkan 150 peserta.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari, Datuk Wira Hasan Abd. Rahman, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Datuk Wira Hasab Abd Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published.