2,763 KES COVID DIKESAN DI PMA SEPANJANG 2021

Marina Sahabudin

KUALA LUMPUR – Sejumlah 2,763 kes positif COVID-19 telah dikesan dalam kalangan pengembara yang tiba di pintu masuk antarabangsa (PMA) negara sepanjang tahun 2021.

Menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, daripada jumlah itu, 52.3 peratus atau 1,446 kes adalah dalam kalangan pengembara yang tiba dari Arab Saudi.

“Dalam tempoh 2 minggu terakhir tahun 2021, kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang tiba dari Arab Saudi adalah yang tertinggi dengan 1,161 kes atau 80.2 peratus daripada bilangan pengembara dari Arab Saudi yang dikesan positif sepanjang tahun 2021.

“IMR juga melaporkan bahawa ujian PCR Genotyping Assay ke atas 1,077 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang tiba di Malaysia bagi tempoh 21-29 Disember 2021 mendapati 966 daripadanya menunjukkan berkemungkinan (presumptive) varian Omicron.

“Daripada 966 kes tersebut, 750 atau 77.6 peratus melibatkan sampel pengembara yang tiba dari Arab Saudi. Sampel-sampel tersebut kini sedang menunggu keputusan ujian jujukan penuh (WGS),” katanya.

Ujar beliau, sehingga 31 Disember 2021, sebanyak 64 kes positif COVID-19 dengan varian Omicron telah disahkan. Daripada 64 kes jangkitan COVID-19 varian Omicron ini, sebanyak 32 kes atau 50 peratus dikesan dalam kalangan jemaah umrah.

“Buat masa ini, terdapat 9 kluster yang berlaku melibatkan jemaah umrah yang tiba dari Arab Saudi dan pecahannya adalah seperti berikut,
5 kluster dengan varian Omicron, 1 kluster disyaki varian Omicron (menunggu keputusan WGS) dan
3 kluster dengan varian lain.

“Untuk makluman juga, tidak ada kluster melibatkan pengembara dari negara lain selain Arab Saudi yang dilaporkan setakat ini,” katanya.

Tambahnya, walaupun terdapat pandangan yang mengatakan bahawa kesan jangkitan varian Omicron adalah lebih ringan daripada varian lain, ia masih berisiko melumpuhkan perkhidmatan sistem kesihatan negara kerana kadar kebolehjangkitannya yang lebih tinggi dan pantas daripada varian Delta.

-MF-
sumber : FB Khairy Jamaluddin

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *