MELAKA CADANG SEDIA MESIN AED

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

AYER KEROH – Melaka bercadang menempatkan mesin AED (automated external defibrillator) di kawasan tumpuan orang ramai bagi membantu menyelamatkan nyawa apabila diserang sakit jantung di tempat awam.

Exco Kesihatan Dr Muhamad Akmal Salleh berkata, ini kerana mesin AED boleh diletakkan tanpa perlu menggunakan sumber elektrik dan amat mudah digunakan.

Menurut Akmal, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang yang terkena serangan jantung di tempat awam dengan cara CPR yang betul dan menggunakan mesin AED.

“Tetapi kadang-kadang disebabkan kita tidak dilatih untuk CPR dan menggunakan mesin AED ini menjadikan individu diserang lewat mendapatkan rawatan sementara menunggu ambulan dan kemungkinan besar akan kehilangan nyawa.

“Insya-Allah, mesin AED ini akan ditempatkan di kawasan tumpuan ramai seperti shopping complex, masjid, tokong, tempat rekreasi dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Jelas, Akmal, pihaknya akan memperhebatkan latihan teknik CPR dan penggunaan AED dalam kalangan rakyat Melaka supaya mereka mampu menyelamatkan nyawa apabila diperlukan.

“Semua ini memerlukan sokongan dari pihak kerajaan negeri, swasta, agensi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan semestinya sokongan dari rakyat melaka.

“Terima kasih Dr Luah Consultant Anaesthetist Hospital Pulau Pinang kerana sudi berkongsi idea dan cadangan untuk kami bawa di Melaka.

“Kini kita boleh menjadi superhero untuk menyelamatkan nyawa orang ramai dan mana tahu satu hari nanti nyawa kita pula diselamatkan oleh orang ramai,”katanya.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *