Marina Sahabudin
KUALA LUMPUR – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat ‘SWM Kasih’ telah memperuntukkan sumbangan berupa barangan elektrik bernilai RM750,000 kepada hampir 3,000 keluarga yang terkesan akibat bencana banjir di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho De Leong berkata, sumbangan diberikan adalah kesinambungan inisiatif syarikat bagi membantu mangsa bencana banjir dengan menyalurkan sumbangan barangan elektrik asas untuk
meringankan beban dan seterusnya membantu mempercepatkan proses pemulihan
pasca banjir.
“SWM Environment selaku syarikat konsesi bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan
pembersihan awam bagi negeri-negeri di wilayah Selatan Semenanjung Malaysia iaitu Negeri
Sembilan, Melaka dan Johor, merasa bertanggungjawab untuk bersama-sama pihak
kerajaan negeri mangsa terlibat akibat bencana alam besar seperti ini.
“Justeru, sebanyak 2,500 barangan keperluan
elektrik asas seperti peti ais, periuk nasi serbaguna, kipas meja dan dapur gas dua tungku akan disalurkan kepada semua keluarga mangsa banjir di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Pihak syarikat turut menyumbangkan sebanyak 640 buah water jet kepada pihak berkuasa
tempatan dan agensi berkaitan bagi memudahkan mereka untuk membantu orang ramai
sekiranya berlaku bencana banjir pada masa akan datang,” katanya.
Tambahnya, pihak syarikat turut bekerjasama dengan Jawatankuasa Bencana Negeri dan
Pihak Kerajaan Negeri bagi membantu mengenal pasti keluarga yang terkesan teruk
dan seterusnya melancarkan proses pengagihan barangan elektrik tersebut.
“Pengagihan barangan elektrik di negeri Melaka telah dimulakan semalam melibatkan seramai 800 keluarga yang layak dari tiga (3) daerah iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.
“Manakala, pengagihan bagi Negeri Sembilan akan dilakukan secara berperingkat melibatkan seramai 1,200 keluarga yang layak dari lapan (8) daerah iaitu Seremban, Nilai, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol, Rembau, Tampin dan Port Dickson,” katanya.
Pada masa sama, SWM Environment memperuntukkan 1,000 unit barangan
elektrik kepada keluarga mangsa banjir di negeri Johor dan proses pengagihan barangan tersebut
akan dilakukan secara berperingkat agar semua mangsa banjir akan mendapat bantuan
sewajarnya.
“Sejak dari awal bencana banjir dilaporkan, SWM Environment telah melancarkan operasi
pembersihan dan kutipan pasca banjir di beberapa kawasan yang terjejas di sekitar Negeri
Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.
“Pelbagai bentuk bantuan disalurkan sebagai usaha syarikat membantu mangsa banjir dengan menggerakkan anggota barisan hadapan, jentera dan sumber bagi memulihkan keadaan dengan secepat mungkin.
“SWM Environment juga menggerakkan lebih 390 anggota dan 181 jentera bagi keseluruhan
operasi yang meliputi (38) buah tong RoRo (Roll-On, Roll-Off) berkapasiti 16 tan, (38) buah tong RoRo (Roll-On, Roll-Off) berkapasiti 5 tan, (33) lori terbuka (tipper) berkapasiti 5 tan, (26) buah jentera air bertekanan tinggi (Water Jet), (25) jentera jengkaut, (12) jentera ultra whack vacuum
cleaner, (7) kenderaan 4×4 trak pick-up, (1) buah tong RoRo (Roll-On, Roll-Off) berkapasiti 18 tan
dan (1) tanker bagi melakukan operasi pembersihan di sekitar kawasan kediaman mangsamangsa banjir serta kutipan sisa banjir untuk dibawa ke tapak pelupusan bermula dari 19 Disember 2021 sehingga pertengahan Januari 2022,” katanya.
Justeru, SWM Environment akan terus memberi kerjasama kepada pihak berwajib dalam membantu mangsa-mangsa banjir agar dapat memenuhi keperluan harian mereka seperti sedia kala.
-MF-