SWM ENVIRONMENT RAI GOLONGAN MEMERLUKAN

Marina Sahabudin

MELAKA – SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) meraikan 30 penerima sumbangan menerusi pogram SWM Kasih Misi Sampul Merah sempena Tahun Baharu Cina.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata,
inisiatif ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) SWM
Environment.

Menurutnya, ia bertujuan untuk berkongsi kegembiraan Tahun Baharu Cina bersama golongan kurang berkemampuan.

“Sudah menjadi tradisi SWM Environment menghulurkan sumbangan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

“Kali ini SWM Environment berpeluang meraikan 30 penduduk kategori
B40 di kawasan Ayer Limau, Melaka, yang turut disertai Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer,” katanya.

Tambahnya, ada dalam kalangan penerima sumbangan ini merupakan mangsa banjir yang melanda Melaka baru-baru ini.

“Jadi diharapkan sumbangan kecil ini dapat memberi keceriaan dan memeriahkan
lagi sambutan Tahun Baharu Cina mereka meskipun baru dilanda musibah,” katanya.

Jelas Mohd Norlisam, pihak SWM Environment turut memanfaatkan program bersama
masyarakat seumpama ini dengan aktiviti kesedaran awam dan pendidikan kepada penduduk setempat mengenai kepentingan mengelakkan pembaziran makanan semasa musim perayaan.

“SWM Environment berharap orang ramai tidak membazirkan makanan supaya sisa makanan terhasil untuk dilupuskan di tapak pelupusan dapat dikurangkan.

“Sempena musim perayaan ini juga, marilah kita menjaga kebersihan persekitaran di rumah dan kawasan awam serta memupukkan budaya Pengasingan Sisa di Punca (SAS) serta
aktiviti 3R (kurangkan janaan sisa, guna semula, dan kitar semula),” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan kutipan sisa pepejal
dan pembersihan awam sepanjang tempoh sambutan Tahun Baru Cina ini, boleh menghubungi
Talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 dan Talian WhatsApp SWM di 012-618 0082.

-MF-

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *