Isu kenaikan harga dan kekurangan bekalan telur ayam pelbagai gred dan rata-rata pengguna memberi gesaan kepada pihak kerajaan untuk bertindak lebih agresif.

Kekurangan bekalan ini boleh dibendung jika pihak berkuasa dapat mengawal dan bertindak tegas terhadap rantaian bekalan.

Menurut pihak berkuasa oleh sebab pembelian panik, permintaan mendadak selain hari perayaan dipercayai antara punca kekurangan telur ayam di pasaran beberapa negeri tertentu.

Pengguna dan rakyat turut menekankan kerjasama serta gabungan kementerian, pemimpin, profesional dan NGO termasuk wakil rantaian malah pengusaha mencari pendekatan berkesan fikirkan mekanisma kepada harga dan bekalan. Mencari jalan penyelesaian jangka panjang ke atas masalah pengguna dan rakyat haruslah menjadi peranan serta kerjasama semua seterusnya memberi jaminan bagi menjaga kebajikan semua termasuk pembeli dan pengusaha, ini semua merupakan pengguna.

Kesan dari COVID-19 bukan sahaja terhadap kesihatan tetapi amat teruk kepada ekonomi. Apabila ekonomi tidak berjalan bukan sahaja ramai yang tiada pekerjaan tetapi Kerajaan juga akan hilang pendapatan.

Dalam isu ini, pengguna dan rakyat terus terkesan dengan bebanan harga yang naik mendadak yang secara keseluruhannya memaparkan kos sara hidup yang semakin meningkat dan kuasa beli mereka menurun. Dengan kehilangan pekerjaaan dan pendapatan, kesannya taraf hidup terjejas.

Kita berterima kasih atas pengumuman dibuat kerajaan baru-baru ini berhubung harga telur semua gred kekal seperti Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa berkuatkuasa pada 5 Februari hari ini hingga 5 Jun depan. Pada perlaksanaan ini, harga maksimum telah ditentukan bersama beberapa barangan lain, serta penyelesaian berkaitannya dengan kaedah menang-menang dengan memberi perhatian kepada pengguna telah diberi kerajaan.

Langsungnya kepada pengumuman ini dapat membantu golongan terkesan, dan seperti disarankan banyak pihak sebelum ini, kerajaan perlu juga mewujudkan penetapan harga siling selari dengan purata pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah, dan tindakan ini perlu diteruskan bukan hanya untuk tempoh tertentu dan pada musim perayaan sahaja.

Jika pendekatan ini ditambahbaik nilainya yang mendapat faedahnya adalah pengguna dan rakyat keseluruhannnya.

Pesara dari Alor Gajah, Abdul Rahman Manas berkata, setiap tahun ada beberapa perayaan di sambut. Namun setiap kali perayaan bekalan barangan tertentu jadi masalah. Dimana silapnya, adakah kerana pengguna membeli lebihan dari biasa?. Tapi sampai bahagian telur harga juga naik, apa lagi pilihan? Ada juga yang dakwa, banyak ayam mati akibat banjir sebagai punca harga telur naik.

“Harga naik berlaku, adakah kerana kerajaan berlembut dengan pengusaha dan pembekal? Kekurangan telur ayam dan kenaikan harga di pasaran boleh dibendung jika pihak berkuasa dapat mengawal serta bertindak tegas terhadap rantaian bekalan” katanya.

Sementara itu, peniaga makanan sebuah medan selera di Setiawangsa, Idrus Saidi memberitahu, telur ayam makanan kebanyakan rakyat Malaysia. Hakikatnya semua harga barang naik, dia terkesan sangat dengan peningkatan harga dan bila dinaikkan harga makanan akan juga terasa kepada pelanggan yang datang kebanyakannya dari golongan sederhana.

“Masalah ketiadaan bekalan masa seperti ini selalu berlaku, cuma di Kuala Lumpur masih boleh pergi banyak pembekal yang lain. Harga dengan kenaikan dari RM1 hingga RM3.50 untuk sepapan bagi gred berbeza. Contoh untuk gred AA biasa harganya RM13.50, sekarang ada yang dijual dengan harga RM15 hingga RM17 dari pemborong” tambah Idrus lagi.

Pengguna dari Kota Bharu, Izzuny Abdul Ghani pula berkata sama-samalah kita prihatin dalam hal kepenggunaan. Sebenarnya ramai juga masih tidak maklum di negara kita ada akta harga kawalan. Jika ada didapati di mana-mana peniaga dan penguasaha ambil kesempatan jual harga mahal kepada pelanggan dari harga kawalan, atau sorok bekalan selain tiada tanda harga boleh terus buat aduan kepada pihak berkuasa, seperti KPDNHEP.

Isu bekalan barangan kawalan seperti minyak paket juga dimaklumkan ada. Hal ini lebih-lebih lagi ketika situasi harga naik menekan rakyat. PMPM turut memohon kerajaan memberi perhatian luahan pengguna tempatan rakyat Malaysia yang subsidi diberi sepatutnya dinikmati oleh penduduk tempatan sahaja dan tidak dikongsi sepenuh faedahnya dengan warga asing yang ada dan bekerja di sini.

Pendekatan berkesan perlu difikirkan bersama mekanismanya kepada mencari jalan penyelesaian jangka panjang ke atas perkara ini selain meletakkan syarat jualan bagi mengelak hal ini berlaku.

AZLIN OTHMAN Timbalan Presiden

Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM)

Ahli Gerakan Pengguna Negeri (KPDNHEP Melaka)

5 Februari 2022

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *