Marina Sahabudin
PULAU GADONG – Kilang Explorer Composite Sdn Bhd di bawah Seafarer Explorer Group Of Company yang terletak di Kampung Pulau Gadong di sini telahpun beroperasi sejak 40 tahun lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama, Sulaiman Md Ali
menerusi Facebook miliknya berkata, kilang milik Mike Thein itu menjadi salah satu penyumbang dalam meningkatkan ekonomi negeri Melaka.
Menurutnya, beliau kagum dengan usaha tersebut dan berharap lebih ramaj warga Melaka mengikut jejak langkah keluarga pemilik kilang itu.
“Saya juga mengucapkan tahniah kepada Seafarer Explorer Group kerana banyak membantu Kerajaan Negeri Melaka terutama bagi dalam kerja-kerja menyelamat kejadian banjir,” katanya.
Hadir sama pada majlis perasmian kilang ini
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang, Datuk Lim Ban Hong, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Azmi Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif Seafarer Explorer Group, Mike Thien Kim Siang.