Isu kekurangan keselesaan kemudahan kesihatan perlu diberi perhatian. Komuniti Padang Sebang memerlukan Klinik Kesihatan di naiktaraf sesuai dengan keperluan komuniti setempat malah penyediaan perkhidmatan kesihatan terbaik di kawasan berkenaan.
Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memastikan rawatan yang terbaik diberikan dan juga keselesaan sebaik mungkin, masa yang sama dapat menjaga kesejahteraan, kebajikan kesihatan semua pihak, isu ini perlu menjadi agenda penting dan perlu diberi penekanan.
Adalah menjadi harapan komuniti setempat agar penambahbaikan premis kesihatan sediada mendapat perhatian pihak berwajib termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan.
“Demi kesejahteraan dan kebajikan kesihatan warga Padang Sebang tentu sekali saya gembira dan bangga jika ianya dapat diberi projek bina baharu atau dinaik taraf seterusnya dapat memenuhi keperluan serta faedah rawatan kepada komuniti. Rakyat akur serta faham bahawa Klinik Kesihatan adalah di bawah Kerajaan Persekutuan, namun perhatian dan sokongan holistik wakil rakyat setempat juga perlu dalam membawa suara ini dan isu ini bersama ke atas kepada kementerian yang berwajib”. Abd. Rahman Manas, pesara kerajaan dan bekas Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Padang Sebang.
Fatimah Abu Hassan, warga emas anak jati Padang Sebang pula berkata “Klinik ini mula dibuka tahun 1965 menyediakan aktiviti perkhidmatan pesakit luar, ibu dan anak. Sebagai pelanggan tetap klinik ini, saya amat berharap ianya perlu diberi perhatian kerana agak tidak selesa dengan keperluan menerima pelanggan kesihatan untuk menerima rawatan dalam satusatu masa. Tidak ada sapa-sapapun datang ke klinik dan dapat kemudahan tak selesa. Bila hujan, kawasan berteduh amat terhad, pelanggan kena tunggu di luar untuk menunggu giliran bawah khemah, lebih lagi masa pandemik kena ada penjarakkan fizikal. Bagi warga emas, masa menunggu pun kadang-kadang lama, suasana menunggu pun tidak selesa, kelengkapan tak cukup”.
Sementara itu, Firdaus Johari – Pengerusi GB4B Padang Sebang pula berkata “Klinik Kesihatan ini antara keperluan besar komuniti sekitar dan DUN Gadek dan mengoptimakan penyampaian perkhidmatan oleh kerajaan kepada sasaran adalah satu keperluan yang perlu diadakan dan sealiran dengan tumpuan kerajaan dalam senarai projek penting yang lain serta antara yang ada di Melaka ini. Sebagai orang muda, kita berharap akan ada perhatian banyak pihak sekaligus menamatkan penantian komuniti kawasan ini untuk mendapat kualiti perkhidmatan lebih baik sejak hampir 60 tahun ini”.
Suara Padang Sebang, Alor Gajah