GESA KERAJAAN NEGERI IKTIRAF JAKSA PENDAMAI

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Oleh: Jaafar Neemat

AYER KEROH, 22 Mac – Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan,Datuk Kalsom Nordin menggesa kerajaan negeri supaya mentauliah dan mengiktiraf Majlis Jaksa Pendamai Negeri Melaka (MJPNM).

Katanya, peranan dan jasa yang dimainkan persatuan ini bukan sedikit, bahkan sebelumnya, Jaksa Pendamai (JP) turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau lagi kegemilangan JP mula mengalami sekatan akibat salah faham dan tindakan beberapa pemimpin terdahulu yang tidak membuat keputusan rasional hingga akhirnya merugikan semua pihak.

”Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka tahun 2010 pernah memutuskan agar perkhidmatan JP diwujudkan di setiap kompleks Japerun seluruh Negeri Melaka memandangkan ahli-ahli JP pada masa itu telah melaksanakan peranan
dengan baik dan perkhidmatan yang sangat dibanggakan.

“Bagaimanapun kemelut yang dialami JP sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga diharap dapat ditamatkan memandangkan kerajaan pemerintah hari ini juga turut menjalin kerjasama dengan JP khususnya dalam menjaga
kebajikan rakyat dan masyarakat.

“Sejujurnya saya selaku ahli JP juga menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian-pencapaian JP sepanjang sesi lepas atas usaha dan kerja keras barisan ahli-ahlinya,” katanya.

Kalsom berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agong MJPNM kali ke -41 bagi sesi 2022 hingga 2024 di Pejabat UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Ahad lalu.

Hadir sama, Mantan Presiden MJPNM Amir Hamzah Abd Aziz, Timbalan Presiden MJPNM Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir dan Setiausaha MJPNM Datuk Manso Rahim.

Menurut Kalsom lagi, berbagai aktiviti telah dilaksanakan dan ini membuktikan bahawa MJPNM merupakan pertubuhan yang sentiasa aktif dan berjaya melaksanakan program-program yang berimpak tinggi.

“Selain itu, saya juga berharap ada inisiatif yang lebih baik dengan pelaksanaan pelbagai program dengan komitmen yang berterusan daripada jawatankuasa baharu agar dijadikan garis panduan yang berguna kepada semua.

“Selain itu, program-program yang bakal dilaksanakan juga diharap dapat dijadikan satu platform bagi menghubungkan dan merapatkan silaturrahim antara satu sama lain, ” katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *