Oleh: Hj Jaafar Neemat
AYER KEROH, 22 Mac- Majlis Jaksa Pendamai Negeri Melaka (MJPNM) melaka satu sejarah kerana buat julung kalinya pertubuhan ini diterajui oleh seorang wanita selaku presiden baharu, Datuk Hajah Kalsom Nordin bagi sesi 2022-2024 sempena mesyuarat Agung MJPNM yang diadakan baru-baru ini.
Kalsom yang juga Exco Kerajaan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu menang tanpa bertanding sekaligus menyandang jawatan Presiden MJPNM bagi tempoh satu penggal.
Terdahulu beliau sebelum ini pada sesi 2020-2022 turut bertanding jawatan sama namun kalah dua undi, menjadikan lawan beliau Amir Hamzah Tan Sri Aziz sebagai Presiden MJPNM bagi sesi tersebut.
Dalam pemilihan baru-baru ini juga, Datuk Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad turut menang tanpa bertanding manakala Naib-naib presiden yang berjaya ialah Dr Amiron Ismail, Ahmad Baharudin dan Lim Teng Chuan manakala
tujuh Ahli Jawatankuasa (AJK) MJPNM turut berjaya dipilih.