KAKITANGAN ILP DIGESA AMAL INTERGRITI

Oleh: Jazmin Carlos

SELANDAR, 24 Mac – Semua kakitangan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar perlu patuh ikrar perkhidmatan awam dengan penuh intergriti dan tidak membiarkan amalan negatif menjejaskan imej dan kredibiliti sebagai penjawat awam.

Pengarahnya, Ts Hj. Sabri Zainuddin berkata kakitangan juga perlu memikul tanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan penting agensi serta memelihara nama baik institut terbabit.

Katanya, ilmu dan profesionalisme tanpa adanya nilai budaya intergriti tentunya tidak akan menjamin pembangunan yang makmur dan sejahtera kepada semua kakitangan.

“Adalah penting bagi seluruh kakitangan ILP untuk memainkan peranan demi kecemerlangan dan kesinambungan masa hadapan para pelajar dan pelatih-pelatih yang menimba ilmu di ILP Selandar.

“Saya berharap apa yang dikongsikan dalam majlis ini dapat dimanfaatkan selain meningkatkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Bacaan Ikrar Penjawat Awam sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan yang diadakan Auditorium Iltizam semalam.

Dalam majlis sama, Zainuddin juga mengumumkan hala tuju dan aktiviti tahunan sepanjang tahun 2022 sebagai persediaan untuk menjayakan program anjuran ILP tersebut.

Turut diadakan ialah majlis persaraan pegawainya, Zulkafli ‘Ain Baharum yang bersara wajib setelah berkhidmat selama 28 tahun dalam perkhidmatan awam.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *