WINGS SANTUNI PEMINAT DI LA CRISTA, 16 APRIL

JAZMIN CARLOS

BANDARAYA MELAKA, 23 Mac –
KEMUNCULAN kumpulan rocks lagenda Wings semasa Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) yang menampilkan persembahan bertenaga, nyata memberi inspirasi kepada Awie Entertainment dan HS Shazlicious untuk merancang
persembahan kumpulan tersohor tersebut.

Percaya kemunculan kumpulan Wings akan mendapat sokongan padu daripada peminat-peminat artis ‘evergreen’ terbabit, penganjur seterusnya merancang menghimpunkan Datuk Awie (vokal), Syam (gitar), Edrie (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram) ini menerusi acara ‘Wings Raikan Cinta Ramadan’
bermula di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru pada 15 April diikuti di La Crista Hotel, Melaka pada 16 April.

Wakil penganjur,
Mubarak Akhtar berkata, hampir saban tahun Wings terbabit dengan persembahan sedemikian cuma terhenti dalam tempoh dua tahun lalu akibat pendemik covid-19.

Bagaimanapun katanya, bagi edisi 2022 perancangan dipermudahkan selepas negara berada dalam fasa endemik sekaligus membolehkan acara ini dilaksanakan.

“Program di Johor Bahru ini merupakan kali pertama dilangsungkan manakala di Melaka pula adalah kesinambungan acara yang pernah diadakan pada tahun lalu.

“Sebenarnya program ini
lebih kepada persembahan Islamik dan perjuangan kerana ada lagu-lagu Wings yang berunsur Islamik dan kerohanian seperti Dari Tuhan , Sayap Illusi , Anugerah dan sebagainya.

“Kami percaya peminat tidak akan melepaskan peluang untuk hadir berbuka puasa bersama mereka, selain mengikuti program keagamaan dan menonton persembahan Wings,” katanya.

Menurut Mubarak lagi, acara dimulai dengan aktiviti kerohanian di mana ia akan dimulakan dengan sesi tazkirah yang akan disampaikan oleh Maulana Wan Helmi Al Hafiz

Manakala selepas berbuka puasa dan solat maghrib akan diadakan juga penyerahan sumbangan daripada Wings kepada anak-anak yatim dan asnaf.

“Kemudian kita akan solat Isyak diikuti solat terawih sebanyak lapan rakaat yang juga dipimpin oleh Maulana Helmi.

“Selepas itu barulah Wings akan membuat persembahan yang dijangka bermula sekitar pukul 9.40 malam dan selesai pada jam 11.30 malam,” katanya lagi.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *