FESTIVAL USAHAWAN DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA

Oleh: KATRINA CARLOS

BINTULU, 26 Mac – FESTIVAL Usahawan peringkat Negeri Sarawak anjuran Persatuan Peniaga & Penjaja As- Syakirin Sarawak (PPPAS) dan MelakaFirst yang bermula dari 24 sehingga 27 Mac ini di Naim Street Mall Paragon, menerima sambutan luar biasa apabila kira-kira 150 usahawan menyertai program.

Pengerusi PPP
Zulkifli Dahlan,
berkata jumlah itu melebihi sasaran awal penyertaan 100 usahawan.

“Karnival ini melibatkan penyertaan 150 usahawan dari Sarawak dan Melaka dalam pelbagai sektor industri, menjadi platform terbaik bagi usahawan bumiputera untuk meneroka peluang pasaran selain mendapatkan informasi perniagaan.

Beliau berkata karnival usahawan itu merupakan inisiatif persatuan peniaga dan MelakaFirst bagi mewujudkan komuniti dan jaringan usahawan bagi memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan masyarakat seterusnya merencanakan program berdaya saing di peringkat Negeri Melaka pula.

Program tersebut turut diserikan dengan persembahan kebudayaan, senamrobik, pertandingan nyanyian, ‘business talk’, ‘business matching’ dan seminar keusahawanan dirasmikan oleh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Haji Talib Zulpilip.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *