SENTUHAN PAN GON MENJADI ?

Marina Sahabudin

KEMENANGAN skuad Harimau Malaya dalam perlawanan Siri Tiga Negara di Stadium Nasional Singapura baru-baru ini mendapat respon positif daripada peminat sukan bola sepak tempatan.

Bahkan ramai yang memuji dan mengatakan skuad di bawa pimpinan Kim Pan Gon itu kembali hidup.

Dikatakan permainan skuad Harimau Malaya di bawah pimpinan beliau tampak lebih agresif, pantas dan kemas.

Ia jelas menjadikan Filipina hilang arah sekaligus sehingga cuba melakukan kekerasan terhadap pemain negara.

Media turut melaporkan Akhyar Rashid membuktikan minit permainan yang kurang di peringkat domestik tidak langsung mengganggu prestasinya apabila beliau berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ketiga permainan.

Bagaimanapun, persembahan Liridon dikecam hebat kerana dia disifatkan membunuh tempo skuad kebangsaan apabila hantarannya semua tidak tepat.

Isu ejaan namanya di jersi yang salah juga menjadi sebutan warganet selain jersi masih terlekat patch Suzuki AFF.

Secara keseluruhan rata-rata memuji Pan Gon kerana berjaya merancakkan kembali prestasi skuad berkenaan.

Difahamkan ia adalah kemenangan pertama Malaysia ke atas Filipina dalam tempoh 15 tahun, selepas kali terakhir melakukannya pada 2007.

sumber : FAM

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *