OLEH JAZMIN CARLOS
BANDARAYA MELAKA, 1 APRIL – Seramai 39 peserta bersaing di dalam Pertandingan ‘Memasak Manisan Kuih Muih dan Pencuci Mulut’ yang berlangsung di perkaangan Hotel Sentral Reverview baru-baru ini.
Pertandingan anjuran pihak pengurusan hotel yang terbuka penyertaannya kepada orang ramai bertujuan menimbulkan minat suka memasak dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur.
Selain itu pertandingan seumpama ini juga menjadi platform untuk mencungkil bakat dan kreativiti memasak, selain memberi peluang kepada bakat-bakat bar untuk menceburi dunia masakan.
Menerusi pertandingan ini, setiap peserta dikehendaki menyediakan menumakanan berasaskan manisan dan pencuci mulut di samping memperkenalkan kembali Hotel Sentral Riverview yang sentiasa menyokong aktivitikemasyarakatan.
Sementara itu, Siti Aisyah Anuar yang mempertaruhkan resipi
Puteri Mandi dan Bako Ubi tidak menyangka menjadi johan dalam pertandingan tersebut.
Kata Siti Aisyah, dia bersyukur dan gembira, malah tidak menyangka akan menang memandangkan penyertaannya hanya sekadar mencuba kerana mahu mencari pengalaman baharu dan menambah ilmu masakan.
Manakala tempat kedua dimenangi oleh Fazlina Mohmad yang menyediakan Puding Raja Pahang serta Cucur Dodol iikuti Azlina Johan di tempat ketiga menerusi menu Tepung Boko Ubi dan Tepung Pelita.
Bagi tempat keempat dan kelima pula, pemenangnya ialah Jamiah Ratu dengan hasil Kuih Qu dan Cheese Tart manakala Zhanaa Shafira dengan menu Mango Cheese Kek dan Cream Puff.