SAMBUTAN LUAR BIASA JADIKAN FKSM ACARA TAHUNAN

OLEH: JAZMIN CARLOS

BINTULU, 28 MAC – FESTIVAL Keusahawanan Sarawak Melaka 2022 wajar dijadikan acara tahunan dengan melibatkan lebih ramai usahawan dari Negeri Sarawak dan Melaka, kata
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Katanya, usaha sebegini
berjaya membantu usahawan membina jaringan perniagaan, sekali gus menjana pendapatan mereka memandang sudah lama aktiviti sebegini tidak diadakan sejak negara dilanda Covid.

“Secara peribadinya
apa yang diusahakan oleh pihak penganjur adalah sangat bertepatan untuk merangsang ekonomi para usahawan dan saya meyokong usaha sebegini serta berharap lebih ramai usahawan dari seluruh negeri Sarawak mendapat manfaat perniagaan.

“Saya juga dimaklumkan
rata-rata peserta pameran berpuas hati dan teruja sepanjang karnival berlangsung kerana inisiatif ini dapat membantu mereka bangkit daripada impak pandemik Covid-19,” semakin katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan program penutup Karnival Keusahawanan Sarawak Melaka (FKSM) 2022 di Naim Street Paragon Mall, dekat sini, semalam.

Hadir sama
Pengerusi MelakaFirst, Datuk Haron Md Dom dan Pengarah Urusan MelakaFirst, Datuk Azmi Kasimin .

Turut hadir,
Presiden Persatuan Peniaga & Penjaja As-Syakirin Sarawak, Zulkifli Dahlan dan Pengerusi Bersama FKSM 2022, Dayang Rofizah Abg Johny.

Antara syarikat yang menyokong inisiatif ini antaranya Simply Umrah, Smart Bio Energy, GTSB Holdings, Persada Etika Enterprise, Popia ZeNyam, MB4 Bioplus, Majestic Global Essential, The Queen Beezlicious, Zuly Beauty
dan banyak lagi dengan membabitkan lebih 150 produk dihasilkan usahawan tempatan.

Pada masa sama, beliau berkata, usaha MelakaFirst yang menawarkan peluang untuk mempromosi produk usahawan tempatan di Melaka melalui platform agensi tersebut dilihat sangat relevan dan bertepatan dengan keperluan para usahawan.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *