DR AKMAL SANTUNI WANITA UZUR BERBUKA

OLEH: MARINA SAHABUDIN

AYER MERBAU, 5 APRIL – AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Akmal Saleh melakukan kejutan berbuka puasa bersama seorang penduduk warga emas yang dikenali sebagai Mak Sam, di rumah wanita itu di Kampung Ayer Merbau, semal.

Kata Akmal yang juga Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri,
dia terdetik untuk menggembirakan hati wanita tua yang tinggal bersendirian itu selepas melakukan ziarah di kediaman Mak Sam sehari sebelumnya.

” Mak Sam beritahu dia tinggal seorang diri disebabkan anak-anak bekerja di luar.

“Dapat saya bayangkan kesedihan Mak Sam jika berbuka sendirian, tambahan lagi ibu tua itu tidak boleh berdiri dan hanya menggunakan kerusi roda.

“Jadi saya dan rakan-rakan ambil keputusan untuk
datang dan temankan Mak Sam berbuka,” titip Akmal menerusi hantaran laman muka buku beliau, selepas berbuka malam tadi.

Tambah Akmal lagi, selain membawa juadah mereka juga menghadiahkan kerusi roda baharu kepada Mak Sam menggantikan kerusi roda lama yang kelihatan uzur.

“Sepanjang berbuka tadi, Mak Sam banyak tersenyum, ini ternyata memberi kegembiaraan buat saya juga,”katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *