‘eJaperun’ MUDAHKAN PENDUDUK BUKIT KATIL

OLEH MARINA SAHABUDIN

BUKIT KATIL, 5 APRIL- JAPERUN Bukit Katil memperkenalkan aplikasi terbaharu ‘eJaperun’ bagi memberi kemudahan kepada orang ramai menyalurkan aduan dan cadangan kepada pihak bertanggungjawab.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Senator Datuk Ridhwan Mohd Ali berkata, selain itu inovasi ‘eJaperun’ juga berfungsi dapat menyalurkan maklumat terkini program komuniti setempat seperti gotong-royong, program bantuan
dan sebagainya.

“Fungsi lain menerusi aplikasi tersebut juga boleh dimanfaatkan oleh para peniaga di kawasan Bukit Katil dengan mengiklankan perniagaan mereka secara percuma di ‘eJaperun’.

“Selaras dengan perkembangan terkini dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), aplikasi ini memudahkan masyarakat untuk menyalurkan aduan, mengemukakan pertanyaan, cadangan dan penghargaan
kepada agensi kerajaan,” katanya.

Ridhwan juga berkata dia yakin penggunaan ‘eJaperun’ itu lebih mudah dan pantas kerana masyarakat kebanyakannya mempunyai telefon pintar sekali gus memudahkan mereka untuk menyalurkan sebarang aduan.

“Japerun Bukit Katil mengambil inisiatif yang tepat dengan menggunakan teknologi terkini untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih sebagai tambahan kepada sistem pengurusan sedia ada,” katanya lagi.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi terbabit menerusi pautan
iOS : https://apps.apple.com/my/app/ejaperun/id1557105226
Android : https://play.google.com/store/apps/details

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *