OLEH MARINA SAHABUDIN
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi bersama-sama kariah Masjid Ar-Rabbani Tangga Batu Pekan, bergotong royong memasak bubur lambuk petang Ahad lalu sempena kedatangan Ramadan 1443.
Terdahulu kata Tuminah, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid bersama penduduk dan sukarelawan setempat memyiapkan pelbagai bahan masakan bubur lambuk sebelum diagihkan kepada penduduk setempat.
Program tersebut antara lain bertujuan untuk membina semangat perpaduan antara semua pihak yang terlibat dalam gerak kerja berjemaah ini bagi membentuk kesejahteraan di antara wakil rakyat dan juga komuniti di sini.
Semoga dengan adanya aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli kariah si bulan Ramadan yang mulia ini,” kata Tuminah yang mesra dengan gelaran YB Ina.