MAJIKAN TIDAK ADIL TERHADAP PELAJAR PELATIH

OLEH:
AZLIN OTHMAN – TIMBALAN PRESIDEN PERTUBUHAN MESRA PENGGUNA MALAYSIA (PMPM).

PROGRAM praktikal dan latihan industri ‘internship’ boleh membentuk anak muda dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) lebih berpengetahuan, berdisiplin dan membina karier dalam sesebuah syarikat.

Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia
(PMPM) percaya setiap pelatih perlu menjadi sebahagian daripada visi dan misi Kementerian berwajib mahupun IPT itu sendiri selain harus bijak mengambil peluang dan kesempatan serta bijak bergaul dan melibatkan diri dalam pelajaran, pengetahuan dan pengalaman.

Tiga perkara baik ini yang diperolehi semasa praktikal dan latihan industri tentu membawa mereka kepada permulaan kejayaan masa hadapan, pembangunan personaliti seterusnya membuka mata mereka ke arah kerjaya yang diminati.

Latihan industri dan inisiatif ini adalah sangat baik dan wajar berjalan dengan sebaiknya namun sehingga hari ini adakah berlaku sebaliknya?

Isu ketidaktelusan majikan mahupun syarikat mendapat maklum dan aduan kepada PMPM melibatkan beberapa pelajar latihan industri dari sebuah IPT di sebuah negeri di Selatan Semenanjung yang menjalani latihan di sebuah syarikat swasta baru-baru ini.

Ada pelajar yang mendakwa tidak berpuas hati berkaitan syarikat tempat mereka menjalani latihan industri kerana tidak sepertimana maklumat dan persetujuan, perjanjian diperolehi semasa permohonan dan temuduga yang dibuat sebelumnya.

Dengan kata mudah, syarikat dan majikan cuba mengambil kesempatan atas pelajar latihan industri dengan kaedah perjalanan latihan yang berat sebelah.

Walaupun sebagai pelajar latihan industri, adalah tidak wajar jika mereka tidak dilayan dan diberi peluang dengan baik dan adil. Justeru semua pihak harus memberi perhatian, menjaga kebajikan serta keselamatan mereka demi masa hadapan dalam memenuhi tuntutan latihan seperti ini.

Manakala IPT melalui pensyarah mahupun pegawai dilantik haruslah menjadi pembimbing dan pemantau yang responsif dan tegas dalam menangani isu ini.

Tidak dinafikan ada syarikat yang baik dan berperaturan, tetapi ada juga yang sebaliknya. Memperhalusi mahupun kemaskini syarat dan peraturan latihan industri tersedia jika ada secara seragam dan menyeluruh adalah langkah yang boleh memberi perlindungan kepada semua pelajar dalam hal ini.

Bagi Nik Saiful Adli Burhan,

Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang juga pengamal perundangan berkata pihak

IPT perlu mengambil peranan menyelia di tempat latihan industri bagi memantau kebajikan pelajar.

“Di firma saya sendiri ada dua pengalaman dengan pengambilan pelajar latihan industri. Difahamkan ada rakan-rakan sepengajian mereka di tempat lain yang hanya menjadi ‘tukang fotostat’ sahaja.
Di akhir latihan industri, pensyarah perlu menilai prestasi pelajar, juga menilai syarikat dan majikan melalui temuduga bersama pelajar.

“Syarikat dan majikan akan mengambil kesempatan disebabkan mereka tahu pelajar wajib datang untuk lulus pengajian mereka. Persoalannya, bagaimana IPT berperanan dalam menentukan kelayakan sesuatu tempat bagi tujuan latihan industri?,” soal beliau.

Katanya lagi, kerjasma ini perlu ada penilaian yang sewajarnya, bukan sahaja temuduga syarikat dan majikan untuk menilai pelajar, tetapi perlu juga temuduga pelajar untuk menilai tempat latihan industri.

“GPMS pada Oktober 2021, ada menyarankan kerajaan menyediakan peruntukan khas bagi membantu golongan pelajar yang menjalani latihan industri supaya faktor upah ini tidak membebankan pelatih dengan kos tambahan yang lain.

“Dengan upah atau elaun diberikan ini, semua pihak sama ada pelajar mahupun industri tidak akan tertekan dan bebas menjalankan peranan masing-masing dalam memastikan kelangsungan ekonomi dalam waktu yang sukar sebegini.

“GPMS memandang serius isu ini terutamanya apabila ianya melibatkan latihan industri yang menjadi transisi seorang daripada alam pengajian kepada dunia pekerjaan juga kerjaya.
Ketahanan dan kecekalan pelajar perlu diuji bukan sahaja melalui peperiksaan di bilik kuliah dan bilik darjah tetapi juga melalui ujian sebenar apabila memasuki alam pekerjaan dan kerjaya.

“Latihan industri bukan sahaja perlu diberi perhatian kepada pemilihan tempat yang betul dan sesuai mengikut kesesuaian bidang pengajian tetapi juga perlu mengambil kira hal insentif seperti bayaran upah atau elaun yang bakal diterima,” tegas Nik Saiful.

Sementara itu Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir
turut membidas tindakan
syarikat swasta yang tidak adil dan tidak bertimbang rasa terhadap pelajar praktikal kerana ia bukanlah sesuatu yang wajar terjadi.

Beliau yang juga
kaunselor Pendidikan,
Keselamatan & Pencegahan Jenayah
turut bersetuju supaya tindakan tegas diambil
supaya ianya tidak berterusan.

“Pelajar dan perancang pendidikan perlu juga berhati-hati ketika memilih tempat latihan industri kerana tidak mahu perkara diluar jangka berlaku disebabkan sindiket atau aktiviti salah guna peluang dan tawaran.

“Sebenarnya pelajar ‘internship’ boleh mengambil tindakan yang betul dengan menggunakan buku log yang dibekalkan sepanajang latihan industri, ini bertujuan untuk mengumpulkan bukti dan maklumat bagi bagi dijadikan laporan apabila setiap kali agensi berkelakuan tidak adil dan mengambil kesempatan.

“Ada pelajar tidak tidak menyuarakan hak mereka, mungkin kerana takut tidak lulus atau mendapat perakuan yang tidak baik di akhir latihan. Justeru IPT perlu mengambil berat isu ini kerana ia berkaitan dengan pelajar mereka,”katanya.

Tambah beliau lagi jika ini berlaku, secara tidak langsung ia boleh menjejaskan hubungan IPT dan syarikat swasta itu sendiri, jadi adalah penting mana-mana pengurusan IPT memainkan peranan sebelum menghantar pelajar ke sesebuah syarikat bagi menjalani latihan industri.

“Sekurang-kurangnya IPT perlu bekerjasama dalam memberi senarai syarikat-syarikat yang mempunyai rekod tidak baik supaya pelajar tidak dihantar ke syarikat yang bermasalah agar isu ini tidak berulang di masa hadapan.

“Pada masa sama, IPT juga perlu menyediakan kriteria dalam skop kerja pelajar pelatih kerana ada juga pelajar yang dihantar ke syarikat yang tidak relevan dengan skop kerjaya yang sepadan dengan pengajian di universiti.

“Saya ingin menarik perhatian kementerian berwajib dengan menambahbaik akta pekerja sediada khususnya bagi tujuan ‘internship’ demi perlindungan serta kepentingan yang boleh memberi keuntungan dan manfaat tanpa meminggirkan hak mana-mana pihak.

“Dicadangkan juga supaya kerajaan mewujudkan pendaftaran syarikat atau majikan swasta bersama kementerian, di mana syarikat atau majikan berminat, layak dengan kriteria ditetapkan kerajaan dan berdaftar sahaja diletakkan di bawah senarai sah bagi tujuan latihan industri ini. Mereka yang ada salah laku dalam hal ini juga dengan tegas haruslah disenarai hitamkan selain pendekatan lain seperti membuat e-Internship iaitu sistem pengkalan data mengenai syarikat atau majikan yang boleh diguna pakai seluruh Malaysia.

“Kaedah ini satu keperluan juga untuk pelajar dan IPT untuk membantu mereka mendapatkan maklumat melibatkan syarikat dan majikan yang sesuai atau membuat pengesanan kawasan pilihan dan sebagainya .
Perjanjian atau MoU di antara IPT, pelajar dan syarikat swasta juga kaedah yang penting demi melindungi kedua-dua pihak yang bekerjasama
dan sekiranya ada pihak yang tidak berpuashati, maka perjanjian ini boleh dijadikan rujukan atau pihak yang dianiaya boleh mengambil tindakan sewajarnya,” tegasnya lagi.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *