MELAKA PERKENAL BILIK RAWATAN KHAS WARGA EMAS

OLEH ZAIDEE DAUT

AYER MOLEK, 5 MAC-NEGERI Melaka buat julung kalinya menjadi negeri pertama menyediakan bilik rawatan khas untuk warga emas di klinik kesihatan.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Dr Akmal Saleh berkata pelaksanaan inisiatif tersebut telah dimulakan sejak sebulan lalu dan pesakit juga turut memberi respon positif.

“Masa menunggu untuk mendapatkan rawatan tidak begitu lama dan ini ternyata memudahkan urusan warga emas yang mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan.

“Dengan penambahbaikan ini, mana-mana warga emas yang datang ke klinik tidak lagi berkongsi bilik rawatan dengan pesakit yang lain dan usaha ini memberikan mereka alternatif dalam mendapatkan
rawatan selain daripada fasiliti kesihatan kerajaan,” katanya semasa membuat lawatan mengejut di Klinik Kesihatan Ayer Molek.

Dalam amsa sama, Akmal turut mengambil keputusan menggantikan alat penghawa dingin yang tidak berfungsi di klinik terbabit dan kerja-kerja pembaikan sertapemasangan akan bermula dalam tempoh dua minggu lagi.

Terdahulu sebelum itu pada sebelah pagi, Akmal menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *