PENDUDUK RIM TERIMA SUMBANGAN YB

OLEH ZAIDEE DAUT

RIM, 4 APRIL – INISIATIF yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang giat mengatur program karnival jualan secara fizikal bagi membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bangkit semula selepas terjejas akibat pandemik COVID-19, turut memberi manfaat kepada penduduk Rim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tersebut, Datuk Khaidirah Abu Zahar berkata, semasa program tersebut berlangsung, beliau turut berpeluang menyumbang 30 pek beras kepada penduduk yang layak.

Selain beras beberapa barangan keperluan asas lain turut diagihkan seperti sayuran, telur, ayam, minyak dan bermacam lagi yang dijual pada harga yang cukup menjimatkan.

“Saya ada berpesan kepada Datuk Seri Ahmad Hamzah yang juga Ahli Parlimen Jasin merangkap Timbalan Menteri MAFI 1, supaya inisitaf ini diperbanyakkan lagi di daerah Jasin khususnya di RIM.

“Usaha ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada lebih ramai usahawan terutama peniaga mikro yang terjejas akibat COVID-19 selain pengguna kerana harga yang ditawarkan sangat murah dan mampu beli,” katanya.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *