OLEH JAZMIN CARLOS
Seramai 95 peniaga bazar Ramadan Peringgit menerima apron daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peringgit .YB Kalsom Noordin, yang diedarkan petang kelmarin.
Sumbangan tersebut diserahkan sendiri oleh Kalsom semasa hadir dalam Program Serahan Apron kepada kumpulan peniaga terbabit.
Kata Kalsom, para peniaga juga sudah diberi penerangan berkenaan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan penganjuran bazar berjalan lancar.
“Peniaga diwajibkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dengan sempurna, memakai apron dan sarung tangan pakai buang sepanjang menyediakan juadah makanan” katanya.
Turut hadir, Setiausaha Japerun, Puan Siti Aisyah Mahmood dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Peringgit Shafrie Abdullah.