RANCAK CERIA JUARA POCO-POCO

OLEH JAZMIN CARLOS

MELAKA PINDAH, 4 APRIL – PASUKAN Rancak Ceria dinobat menjuarai Pertandingan Poco-Poco Santai 2022 yang berlangsung di halaman Anjung Balai Classic (ABC), sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM250, hamper dan sijil penyertaan.

Pasukan Rancak Ceria yang dipimpin oleh Nizam sebagai ketua berjaya mengalahkan 4 pasukan lain, malam kelmarin.

Naib juara dimenangi tim ‘Senyum Mesra’ diketuai oleh Norah Dolah dan membawa pulang wang tunai RM 200, hamper dan sijil.

Sementara tim Aduhai Sayang jatuh tempat ke-3
menerima hadiah wang tunai RM150, hamper serta sijil.

Pengerusi Jawatan Kuasa Pertandingan, A Aziz Mat Som berkata, hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Jaafar Neemat dan Azizah Wahid selaku penaja aktiviti ini.

Katanya sebelum pertandingan , majlis, tahlil dan doa selamat diadakan Pertubuhan Seni Budaya Dan Warisan Bangsa 1 Malaysia Melaka (PSBW) selaku tuan rumah melabuhkan tirai sepanjang bulan Ramadan AlMubarak bagi menghormati bulan mulia ini.

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *