MARINA SAHABUDIN
BANDA HILIR – INISIATIF Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus (1) menggunakan air hujan sebagai sumber utama bekalan air di sekolah berkenaan merupakan satu kaedah wajar dipuji.
Guru besar sekolah terbabit, Ong Kwee Bee berkata, pihaknya mengambil pendekatan tersebut untuk menjimatkan penggunaan air paip di sekolah itu.
Menurutnya, ini kerana sumber air lebih mudah didapati menerusi hujan berbanding sumber semulajadi sedia ada
“Kita melaksanakan projek ini bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai usaha menggurangkan tekanan kepada bumi.
“Air ini biasanya digunakan sebagai punca air utama di tandas dan menyiram pokok-pokok dan kebun tanaman herba yang diusahakan di sini.
“Sehingga kini kami telah berjaya mengurangkan kos bil air kira-kira 80 peratus sejak ia dilaksanakan,” katanya kepada MelakaFirst.
Ujar Ong lagi, secara tidak langsung projek ini telah mendidik pelajar untuk lebih mencintai alam sekitar dan semulajadi.
Katanya, terdapat tangki besar dibina untuk digunakan menyimpan dan menadah air hujan ini.