Kebiasaan dan menjadi kebimbangan pemilik kenderaan tidak kira jenis dan modeladalah mencari bengkel kenderaan yang bagus, tidak ditipu dari segi harga dan alat ganti serta caj servis yang berpatutan.Diterima beberapa aduan dan keluhan pengguna berkaitan harga alat ganti kenderaan serta perkhidmatan di beri bengkel lebih lagi keperluan mereka kepada perkhidmatan penyelenggaran dan pembaikan kenderaan bagi tujuan perjalanan balik kampung dengan kenderaan selamat bagi sambutan hari raya baru-baru ini. Apa yang berlaku sekarang, banyak bengkel melakukan kerja-kerja pembaikan dahulu dan memaklumkan kosnya kemudian, menyebabkan pengguna tiada pilihan selain membayar jumlah dikenakan kerana mahukan kereta mereka.
AZLIN OTHMAN
Timbalan Presiden Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM)
Ahli Gerakan Pengguna Negeri, KPDNHEP Melaka
Pelanggan sudah tentu ingin dan mancari pusat servis atau bengkel yang diyakini, bertimbang rasa dengan harga berpatutan dan perkhidmatan bermutu. Ramai pengusaha bengkel dan orang ramai tidak menyedari bahawa undang-undang sedia mensyaratkan sebarang kerja pembaikan kenderaan hanya boleh dilakukan setelah pelanggan bersetuju dengan anggaran kos pembaikan. Tidak mustahil ada pengusaha bengkel yang hendak mengambil kesempatan ke atas
pelanggan. Sebagai pengguna, sebaik mungkin cuba dapat dan pilih bengkel yang telah dikenali, dapatkan sebut harga sebelum bersetuju. Pada masa sama, pengusaha bengkel dinasihatkan jangan ambil kesempatan. Bagaimana pula jika ada pelanggan tidak mampu bayar? Jika ada pengguna yang mengalami masalah dicaj pada kadar yang melampau bagi perkhidmatan yang dilakukan dan ada sebarang maklumat berhubung salah laku pengusaha bengkel berkaitan, boleh melaporkan kepada KPDNHEP untuk tindakan lanjut diambil.
DR LEE NAN SANG
Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malayia (LPKPM)
Semua pengusaha bengkel kenderaan perlu mematuhi Akta Perlindungan Pengguna 1999 di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel 2002. Di bawah peraturan ini, sebarang pembaikan kenderaan oleh manamana pengusaha bengkel perlu memberikan sebutharga kepada pemilik kenderaan dan setelah persetujuan dan tandatangan diperolehi dengan nilai pembaikan, barulah pemilik bengkel dibenarkan membuat pembaikan pada kenderaan dihantar. Ini memberi ruang kepada pengguna untuk membuat pertimbangan dan persetujuan sebelum sebarang pembaikan dilakukan dan membayar atas kos yang tercatit pada
sebutharga. Saya ambil contoh, Proton Saga alami masalah pada starter motor, disc brake dan sebagainya, pengusaha tidak perlu mamaksa pelanggan untuk menggunakan alat ganti asli dan tulen. Seperti maklum, harga alat ganti asli dan tulen tinggi harganya, tetapi palanggan akan diberi cadangan sesuai mengikut bajet mereka. Ini pentingnya
pelanggan dimaklumkan keperluan kepada kenderaan mereka serta tiada juga kos tersembunyi selepas pembaikan.
LPKPM mengesa semua pihak dapat patuhi undang-undang diwartakan. Ini mustahak kerana ia dapat mengelak masalah berkenaan ‘argument’ kos ketika pembayaran.
IDRUS SAIDI
Pengguna/Pemilik kenderaan, Kuala Lumpur
Untuk dapatkan perkhidmatan penyelenggaraan, saya akan ke pusat servis di sediakan pengeluar sekiranya kenderaan masih dalam jaminan. Pengusaha bengkel kenderaan bermotor janganlah mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang tinggi mahupun melampau bagi kerja-kerja pembaikan kenderaan ekoran
keperluan pengguna kenderaan kepada perkhidmatan mereka. Sebagai penggunaa, saya turut berharap pihak berkuasa dapat tingkatkan pemantauan ke atas premis perniagaan kenderaan bermotor, agar pengusaha sentiasa ‘alert’ dan berhati-hati dengan peraturan sedia ada.
Terima kasih
12 Mei 2022
