MELAKA, 28 MEI 2022 – Zai Music World (ZMW) hari ini mengadakan Majlis Rumah Tebuka ZMW & PSMZMW Bersama Pelajar Baharu Tajaan Pelajar Berbakat (TPB) Tahun 2022 di ZMW Music School, MITC, Ayer Keroh dan secara dalam talian yang disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi ZMW. Majlis pada hari ini adalah bertujuan untuk menyampaikan tajaan bernilai RM5,000 kepada 2 orang penerima Tajaan Pelajar Berbakat (TPB) bagi tahun 2022. 2 orang penerima adalah di peringkat Pensijilan Antarabangsa Trinity College of London dalam bidang pengajian alat muzik piano dan drum. Sehingga kini, TPB mempunyai alumni seramai 4 orang bagi tempoh 2019 – 2022 dalam bidang pengajian alat muzik biola dan gendang.

Menurut En. Zaini Abbas, CEO dan Pengetua ZMW, “TPB merupakan tajaan pengajian muzik kepada pelajar berbakat dan memerlukan. Tajaan ini membuktikan bahawa ZMW tidak pernah mengkesampingkan golongan ini dalam arus pendidikan muzik. Pelajar yang mendapat tajaan ini juga tidak lagi tertumpu kepada muzik moden semata-mata, bahkan terdiri dari pelbagai bidang muzik lain seperti muzik tradisional dan dan teknologi muzik. Adalah diharapkan pelajar yang bergelar pemuzik berbakat ini dapat mewarnai negara sebagai insan seni dan karyawan yang bakal menyemarakkan lagi kegemilangan budaya seni dan muzik di negeri Melaka dan Malaysia”. Tambahan beliau, “ZMW ingin melahirkan generasi yang berkemahiran dalam bidang muzik juga menjadikan syarikat ini sebagai salah satu komponen yang penting dalam memastikan kelestarian dan pemeliharaan budaya antara generasi muda dapat diteruskan. Justeru, ZMW telah menyediakan tenaga pengajar yang mahir dalam bidang muzik tradisional dan juga bidang muzik moden”.

Dalam rangka memartabatkan muzik dan pendidikan muzik terutamanya di negara ini, pada tahun 2019 sehingga kini ZMW telah memperkenalkan pelbagai program untuk pelajar dan disusuli dengan penubuhan Persatuan Seni Muzik ZMW pada tahun 2022 atau kini dikenali sebagai PSMZMW. Menurut Dr. Salasiah Abbas, Presiden PSMZMW, “Persatuan ini bertanggungjawab membawa ibu bapa, guru dan semua penggiat seni bergabung-jalin bidang muzik dengan komuniti setempat”. Tambahan beliau, “PSMZMW sedang bergiat aktif dalam banyak program untuk manfaat semua ahli sebagai Keluarga ZMW termasuk dalam bidang teknologi digital dengan membangunkan Aplikasi e-Commerce untuk para usahawan dan penggiat seni yang dikenali sebagai OPUSAPP bersesuaian dengan era IR 4.0”.

Bagi tujuan majlis tahun ini, semoga biasiswa TPB ini dapat menjadi suntikan motivasi kepada pelajar agar dapat menimba ilmu dan kemahiran serta menamatkan pengajian muzik dengan cemerlang dan seterusnya dapat memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara.

Sehubungan itu, dimohon jasa baik rakan-rakan media untuk membuat hebahan berkaitan program ini.

MENGENAI ZAI MUSIC WORLD (ZMW)

Terletak di bandar bersejarah Melaka, Malaysia, ZMW Music School menyediakan kursus dan program muzik moden dan tradisional, pensijilan antarabangsa dan laluan kerjaya, menambah nilai kepada sektor pendidikan negara dan industri kreatif. ZMW telah dirasmikan pada 1 September 2019 oleh Ketua Menteri Melaka dan kini dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif & Pengetua, Zaini Abbas (Ahli Etnomuzikologis) dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam muzik dan seni persembahan.

MENGENAI PERSATUAN SENI MUZIK ZMW (PSMZMW)

Persatuan Seni Muzik ZMW (PSMZMW) telah ditubuhkan pada 29 November 2021 bertujuan membudayakan aktiviti pendidikan dan seni muzik dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada pelajar dan masyarakat. Persatuan ini berada di peringkat kebangsaan iaitu persatuan ini bukan sahaja terbuka kepada rakyat Malaysia, malah individu dari luar Malaysia juga digalakkan menyertai persatuan sebagai ahli. Ia kerana persatuan ini merupakan wadah untuk menghimpunkan ahli dari pelbagai wilayah seterusnya bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain untuk melebarkan sayapnya ke peringkat global.

Bagi sebarang pertanyaan atau informasi lanjut, sila hubungi:
En. Zaini Abbas, CEO & Pengetua, ZMW Music School di talian 017-6964404, atau
Dr. Salasiah Abbas, Presiden, Persatuan Seni Muzik ZMW (PSMZMW) di talian 019-7738522
Email: [email protected] atau [email protected]
Website: www.zmwasia.com
Socmed: ZMW Asia

Amalina MF

Amalina MF

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *