FARA ISMAIL
NunHa HQ – Selebriti terkenal tanah air Noor Neelofa dan suami, Haris Ismail juga pengasas kepada NunHa HQ memperkenalkan produk keluaran terbaru mereka ‘innai”. Pendaftaran kepada penjual semula telahpun dibuka pada hari ini 9 Jun 2022. Penjual semula dinasihati agar berhati – hati dan mengenalpasti rakan kongsi NunHa HQ yang sah serta stokis dan agen yang berdaftar sebelum membuat pembayaran.
Noor Neelofa juga percaya dan yakin bahawa Nunha Innai pada tahun ini mampu melahirkan 50 orang jutawan yang berjaya bersama – sama di bawah platform ini.
Sebelum ini, NunHa HQ telah mengeluarkan produk seperti, Planner Eksklusif, Bantal Zikir, Pelitup Muka NunHa 4 Lapisan, dan “Moon Pillow”.
Foto Kredit: Instagram @nunha.co
-MF-
Post Views: 526