FARA ISMAIL
AYER KEROH – Datuk Jalaludin Hassan adalah pengiat seni yang tersohor di Malaysia, setiap watak yang beliau lakonkan memberi kesan kepada penonton.
Datuk Jalaludin Hassan tertarik menerima tawaran menyertai Pementasan Teater Musikal Ali Baba kerana skrip dan nostalgia beliau sendiri dengan filem asal tersebut “Ali Baba Bujang Lapok” karya Arwahyarham Tan Sri P. Ramlee. Datuk Jalaludin Hassan memegang peranan sebagai Kassim Baba, watak yang dipegang oleh Arwahyarham S. Samsudin iaitu idola beliau.
Datuk Jalaludin Hassan menjelaskan, Teater Musikal Ali Baba ini diusahakan tanpa ada tajaan dari sebarang pihak. Datuk Jalaludin juga memberitahu bahawa beliau sendiri tidak menerima sebarang bayaran. Mereka bersama – sama berusaha mencari dana bagi menjayakan projek ini.
Beliau juga menyatakan bahawa ingin membuktikan Pertubuhan Teater Melaka (PERTEM) mampu memberikan sebuah persembahan hebat dengan sokongan dari semua terlibat di bawah arahan Lokman Ghani.
Haji Lokman Ghani adalah sebuah nama besar dalam bidang teater terutama di Istana Budaya.
“Saya percaya beliau mempunyai semangat yang kuat untuk menjayakan persembahan Teater Ali Baba Musikal di Melaka ini walaupun tidak ada apa- apa tajaan. Saya saksikan beliau sangat kuat semangat mereka dan di situ membuatkan saya menjadi kuat untuk membantu beliau menjayakan persembahan Ali Baba di JKKN Negeri Melaka ini’
“Semoga Allah memudahkan segalanya dan membantu usaha kami untuk membuktikan bahawa tetaer di Negeri Melaka ini harus dihidupkan kembali, harus disegarkan kembali , kerana teater dapat mengumpulkan tenaga- tenaga muda untuk sama- sama membuatkan sesuatu yang manfaat untuk mengangkat seni teater di negeri melaka ini” – jelas Datuk Jalaludin Hasssan semasa temubual di JKKN Melaka pada sesi latihan bagi mengemaskan persembahan yang bakal dihidangkan pada 10 dan 11 Jun 2022 ini.
-MF-