FARA ISMAIL
Ayer Keroh – Program Pemantapan Penjaja Dan Perniagaan Kecil yang berlangsung pada 17 hingga 19 Jun 2022 ini mendapat sambutan hebat. YB Datuk Khaidiriah Abu Zahar turut hadir dan menyantuni pihak penganjur, MelakaFirst dan para peserta di sini.
Beliau berkata, program ini adalah satu lagi usaha Kerajaan Negeri, Agensi, dan pihak ketiga seperti NGO, Persatuan dan Gabungan Peniaga dan Penjaja Malaysia dan Melaka.
Melalui program ini, mereka dapat dibantu dan beri ruang penambahbaikan dari segi penjanaan pendapatan dan ekonomi.
“Dengan dunia digital tanpa batasan dapat digunapakai dan dimanfaatkan. Gunakan peluang yang ada.” katanya lagi.
YB Datuk Khaidiriah Abu Zahar berharap agar lebih banyak lagi penganjuran kursus seperti ini dan berhasrat untuk membawa ke Jasin.
YB Datuk Khaidiriah Abu Zahar, dipilih sebagai wakil rakyat semasa memenangi kerusi di DUN Rim ketika Pilihan raya Negeri Melaka 2021 pada 20 November 2021. Beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka bermula 27 Disember 2021.
- MF –