PROGRAM PEMANTAPAN PENJAJA DAN PERNIAGAAN KECIL TAHUN 2022

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

FARAH ISMAIL

Ayer Keroh – Program Pemantapan Penjaja Dan Perniagaan Kecil ini melibatkan 250 orang peserta dari kalangan usahawan, penjaja dan peniaga kecil. Turut terlibat, mereka yang berada dari dalam negeri dan luar negeri Melaka.

Kursus tiga hari ini memberi pendedahan tentang perniagaan alaf kini. Pendigitalan dalam memasarkan produk perniagaan melalui aplikasi yang dibangunkan oleh warongmall.net.
Melalui platform e-market place ini, para usahawan akan dibantu sepenuhnya dalam memasarkan semua jenis produk.

Pada hari pertama berlangsungnya kursus ini, para peserta dihidangkan dengan pengenalan warongmall.net dan juga taklimat tentang gean dan pembiayaan yang mampu membantu mereka dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Tentatif hari kedua kursus tersebut, para peserta akan diperkenalkan dengan pendigitalan pemasaran secara maya. Dengan menggunakan akaun sosial media, para peserta mampu membuat pengiklanan pemasaran secara mudah.

Hari terakhir Kursus Pemantapan Penjaja dan Perniagaan Kecil ini, pihak penganjur akan melatih para peserta kaedah penjualan secara “Boost Sales”. para peserta juga akan di latih untuk mewujudkan Pelan Perniagaan yang efektif. Pada masa yang sama, upacara menandatangani Memorandum Persefahaman di antara pihak Warongmall.Net dan MelakaFirst akan berlangsung diwakili oleh Ketua Pegawai Ekskutif Warongmall.Net dan Datuk Haron Bin Md Dom, Pengerusi MelakaFirst.

fara ismail

fara ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *