BANDAR BERUSIA 3,400 TAHUN MUNCUL SETELAH KEMARAU

FARA ISMAIL

(CNN) IRAQ – Menurut CNN, Sebuah Bandaraya berusia 3,400 tahun  telah muncul di Iraq selepas paras air turun dengan pantas akibat kemarau yang panjang pada tahun lalu. Cuaca yang sangat panas telah menurunkan paras air sungai Tigirs sehinggakan terdedah sebuah kota prasejarah itu.

Percaturan politik pada zaman duhulu tidak sama jika dibandingkan pada hari ini. Malah kitaran setiap 1,000 tahun menunjukkan permainan penguasa yang berbeza. Sekitar tahun 1600 S.M., sebuah kerajaan membangun di bumi Iraq ernama Mitanni atau Hani-Rabbat, dengan rakyat yang bertutur dalam bahasa Hurrian, Akkadian dan Amorite.Tapak arkeologi, Kemune dipercayai sebagai Bandar Zaman Gangsa Zakhiku iaitu Hub Utama Empayar Mittani.

Ahli arkeologi Kurdish dan Jerman menggali penempatan di takungan Mosul, di sepanjang Sungai Tigris di wilayah Kurdistan di utara Iraq, pada Januari dan Februari yang lalu. Projek tersebut adalah bekerjasama dengan Direktorat Antikuiti dan Warisan di Duhok untuk memelihara warisan budaya kawasan itu untuk generasi akan datang.

– MF –

fara ismail

fara ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *