KKM, PERSIDANGAN PENGARAH – PENGARAH HOSPITAL

FARA ISMAIL

PETALING JAYA –  Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, YBhg. Datuk Harjeet Singh telah hadir ke Sesi Libat Urus di Hotel Eastin pada 21 Jun 2022 bersama Pengarah – Pengarah Hospital sempena Persidangan Pengarah –  Pengarah Hospital.

YBhg. Datuk Harjeet Singh telah memberi satu ucapan khas di program berkenaan di samping beramah mesra dengan Pengarah – Pengarah Hospital. Beliau juga memberi penekanan terhadap tanggungjwab Pengarah – Penharah hospital sebagai ketua yang bertanggungjawab dalam menjayakan tugas harian mereka.

Datuk Harjeet di program yang sama telah berkongsi pandangan mengenai cabaran yang dihadapi oleh Pengarah – Pengarah Hospital KKM disamping memberi panduan dan halatuju bagi mempertingkatkan kemudahan fasiliti di Hospital KKM.

Turut hadir pada program tersebut, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Dato’ Dr. Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesiahatan (Perubatan) dan Pengurusan Tertinggi KKM.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

  • MF –
fara ismail

fara ismail

Artikel Berkaitan

MUZIUM MENARIK DI MELAKA

MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *