ALIRAN TRAFIK PERLAHAN, AIR NAIK

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

FARA ISMAIL

MALIM – Hujan tanpa henti di beberapa kawasan di Negeri Melaka berlarutan sejak awal pagi tadi. Tinjauan wartawan MelakaFirst mendapati air telah memenuhi kawasan jalanraya dan mengakibatkan beberapa kereta tersadai di bahu jalan.

Ekoran dari itu, aliran trafik juga kelihatan sangat perlahan di sepanjang Jalan Tun Fatimah menghala ke bulatan Malim dan dari bulatan Malim menghala ke Maybank Malim.

Di sepanjang kawasan rumah kedai Malim Jaya, hasil tinjauan mendapati air telah memasuki ke dalam premis tersebut dan jika hujan berterusan berkemungkinan laluan jalan akan di tutup kepada pengguna jalan raya.

Longkang besar di sekitar kawasan tersebut hampir tidak kelihatan dan membahayakan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motorsikal. Kelihatan juga bahagian – bahagian kenderaan yang tercabut di dapati hanyut dan membahayakan pengguna jalan raya.

Aliran trafik juga sangat perlahan di lampu isyarat Jalan Tun Fatimah Kampung Bachang Darat menghala ke Pusat Bandar dan di sepanjang Lebuh Amj kawasan Balai Panjang menghala ke Pusat Bandar.

  • Fara Ismail –
fara ismail

fara ismail

Artikel Berkaitan

BANJIR MAUT IRAN

Fara Ismail Menurut CNN, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan bandar di seluruh Iran, kata

DAKI 14 PUNCAK DUNIA DUA KALI

Fara Ismail Menurut REUTERS – Sanu Sherpa 47, telah mencipta rekod pendakian dengan mendaki 14 puncak dunia yang berketinggian melebihi 8,000 meter

HUKUMAN MATI EMPAT AKTIVIS

FARAH ISMAIL MYANMAR – Menurut Reuters, pihak berkuasa tentera Myanmar telah menghukum mati empat aktivis demokrasi yang dituduh membantu menjalankan “tindakan keganasan”, kata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *