FARA ISMAIL
KUALA LUMPUR – Segmen perniagaan penggerudian serta kejuruteraan dan pembinaan Sapura Energy Bhd, melalui anak-anak syarikat milik penuh dan usaha sama, memperoleh enam kontrak utama di rantau Asia-Pasifik dan Atlantik, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.7 bilion.
Sapura Energy menjelaskan RM176 juta daripada nilai itu. disumbangkan oleh syarikat usaha samanya dalam kenyataanya kepada Bursa Malaysia.
Segmen perniagaan penggerudiannya memperoleh kontrak baharu dalam situasi pasaran semasa. Segmen itu dijangka meningkatkan kadar penggunaan asetnya daripada lapan pelantar yang kini beroperasi kepada 11 pelantar menjelang akhir tahun kewangan 2023.
“Sapura Drilling Asia Ltd menunjukkan kemampuannya untuk melaksanakan janji di Thailand apabila. ia diberikan tiga kontrak jangka panjang baharu bagi pelantar. penggerudian bantuan. tender (TAD) luar pesisir iaitu Sapura T-10, Sapura T-11 dan Sapura T-12 oleh PTTEP Energy Development Company Ltd,” tambahnya.
Menurut Sapura Energy, kontrak baharu daripada PTTEP ini akan bermula pada suku ketiga tahun kalendar 2022.
“Sapura Drilling juga memperoleh kontrak bagi kempen. penggerudian baharu luar pesisir Malaysia,” tambahnya.
Bagi segmen perniagaan kejuruteraan dan pembinaan, Sapura Energy menerangkan bahawa pihaknya telah memperkukuh kehadiran di rantau Atlantik dengan kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pemasangan (EPCI) umbilikal, penaik dan jalur aliran (SURF) bawah laut.
Kontrak itu diberikan oleh Enauta Energia SA kepada Sapura Energy Do Brasil (SEDB) dan rakan. kongsi konsortiumnya, Sapura Navegacao Marítima SA (SNM), jelasnya.
Menurut Sapura Energy, pemberian kontrak EPCI SURF itu bagi. pembangunan medan penuh Atlanta di Lembangan Santos yang terletak di luar pesisir Brazil.
Skop kontrak termasuk kerja pembekalan kapal sokongan. pemasangan paip, pemasangan. pancarongga bawah laut baharu, pam bawah laut, fleksibel, pelompat dan umbilikal untuk tiga telaga baharu dan menamatkan .sistem pengeluaran awal sedia ada.
“Kontrak itu telah bermula pada suku pertama 2022 untuk tempoh 33 bulan dan. dijangka merealisasikan minyak pertama pada 2024,” – Sapura Energy.
Sapura Energy menjelaskan, segmen kejuruteraan dan pembinaan kumpulan turut .diberikan kontrak pengangkutan dan pemasangan oleh Hess Exploration And Production Malaysia BV, melalui anak syarikatnya, Sapura Offshore Sdn Bhd.
“Skop kontrak kerja itu termasuk pengangkutan dan pemasangan .saluran paip sepanjang 51 kilometer, tiga platform kepala telaga, dua saluran paip fleksibel dan kemudahan bawah laut dalam pembangunan Lembangan Melayu Utara,” ujarnya.
Sapura Energy menjelaskan bahawa kontrak selama lapan bulan tersebut tidak termasuk tempoh. jaminan itu telah bermula pada suku kedua 2022.
Sumber : BERNAMA